Jumaat, 23 Julai 2010

entry baik punya cilok...!!!hehehhe


Ini entry Copy Paste. 
Lapangkan dada. 

dan baca andai sudi.





Hari itu hari Ahad  ...

Saya sedang berada di sebuah stesen minyak untuk mengisi tangki kenderaan.

Di pam bersebelahan, juga sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak, terdapat sebuah kereta mewah. Pemandunya ialah seorang lelaki Cina yang memakai seluar pendek serta berkasut sukan.

“Mungkin apek ni baru balik berjogging gamaknya di pagi minggu sebegini,” fikir saya di dalam hati.

Ketika hendak masuk semula kedalam kereta, saya dihampiri oleh seorang remaja lelaki.

Remaja itu memakai songkok. Dia kelihatan menyandang sebuah beg.

“Encik, jualan amal untuk anak yatim,” katanya perlahan sambil menunjukkan ayat Al Quran yang dicetak serta digulung, yang dibawanya bersama.

Saya hanya menggeleng-gelengkan kepala, mengisyaratkan sebagai tidak mahu.

Memerhatikan dia masih tercegat serta memandang tepat kearah saya seolah-olah memohon simpati, saya mula naik angin.

“Saya dah kata tak nak, awak tak faham ke?” saya mula meninggikan suara. Remaja itu terkulat-kulat.

“Dik, mari sini!”

Serentak saya menoleh kearah datangnya suara itu.

Apakah yang saya nampak?

Lelaki Cina berkereta mewah yang masih berada di pam bersebelahan, kelihatan sedang menyeluk kocek. Seketika kemudian dia menghulurkan sesuatu kepada remaja tersebut yang sudah pun berada di hadapannya.
Huh, RM 50!

“Errr…. Encik, saya tak ada wang tukar,” ujar remaja itu jujur dengan mata yang bercahaya.
“Tak pe. Adik simpanlah bakinya, buat belanja.”


Dushhh!


Ucapan itu membuatkan saya seperti terpukul. Pandangan saya serta-merta jadi berpinar-pinar.


Pagi itu saya mempelajari sesuatu. Pagi itu saya benar-benar tersentuh oleh suatu bentuk keperibadian yang bukan sahaja wajar menjadi ikutan, malahan sepatutnya menjadi amalan. Kemuliaan peribadi rupa-rupanya tidak pernah memilih batas sempadan.


Kemuliaan seumpama itu, sebagaimana telah ditunjukkan oleh seorang manusia yang dilahirkan bukanlah sebangsa atau seugama, benar-benar mengejutkan diri ini dari mimpi panjang yang jauh benar sesatnya.

. . .


Hari ini, wa terasa nak kongsi entry ni dari blog "Tong Sampah", salah satu blog yang wa letakkan di tempat tertinggi. Istimewa. Membacanya, ibarat mendengar abah n arwah atok bercerita. blog ni wa follow dah lama. beliau baru ada 6-7 org pengikut masa tu. tiada gambar berwarna. sekadar tulisan yang berkisah. coretan yang jujur. sesuatu. bukan sebab ayat indahnya. bukan juga sebab ayat berapi marah atau gemalainya. tapi sebab pengalaman yang dikongsinya. sering wa terpaku lama. sampai berjam2. berfikir mungkin. Selamat berhujung minggu. Big Hugs. Pahit jangan terus dibuang ...

Wassalam
aku tak tau aku memang dah ketagih bacer blog dy nie..........caya la lu beb!!!lo ak tak kre r...len org len cara...tp bg aku...ak sendri pun penah buat mcm tu..tp tak lah sampai meninggi kan sore aku la...sekadar hanya menggelengkan kepala(bukan menggulingkan kepala)......huhuhu...sbb ape aku wat mcm tu...coz manusia sekarang nie banyak ragam..kekadang dyorg nie ader sindiket...so tak salah kte syak wasangka untuk keselamatan kte....walaupun budak2 nie tak mengancam keselamatan kte...tp kalo kite tolong dy.....esok lusa...keje dy akan meminta je....dy sendri tak der intiatif nak usaha cr sumber rezki dgn jalan yg benar....aku cerita berdasarkan pengalaman aku beb!....nie sume gara2 seorg budak tu...dy jual cd nasyid baper ringgt aku tak ingt...disbbkan aku tgk penyanyi nasyid dy cam best2 je....aku pun beli la...sebb tgk dy pun cam terdesak nak menjual...last2 aku balik umah sepatah lagu pun aku tak dgr...radio aku yg rosak ke...aku yg dah dirosakkan oleyh dy(lebih kurg kne tipu la)...haishhh ikut ati panas je...tp dah bg duit tu kat dy aku tak sanggup la plak nak biarkan dy mkn bende haram....halalkan je la.....hemmmmm....yg pasti hidup nie diciptakanNYA pelbagai mahkluk...yang berakal dan tidak...oleyh itu yg berakal..kne pandai la menggunakan sebaiknya...jgn jd kan ia hanya sia2....tak der gune....k..astalavista bebeyh!!salam...


Tiada ulasan:

MESYUARAT TERGEMPAR!!!!


ShoutMix chat widget