Selasa, 6 Julai 2010

SUAMI ISTERI DAN DOT DOT DOT....

Assalamualaikum...oit3 blogger yg tak jemu bacer aku nye story nie...huhuhu...terase lame aku tak update blog aku nie....sori la...semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak(baper banyak menjak la)....aku bizi coz nak submit final report aku..(namer pun student..wat keje last minit tu mang dah sebati dgn aku)....so the best story yg aku nak cter kali nie menarik juge pada mereka2 yg dah bekahwin dan akan berkahwin(hehehhe..termasuk aku..)..alkisah nye pasal tanggunjawab anak lelaki ngan ibunya dari selepas baligh sehinggalah tiba ajalnya...aku raser tanggungjawab yg amat besar dan kte sebagai pompuan tak pernah perasan...kte raser yg kte nie kaum hawa banyak sgt tanggungjawab..jage anak, mendidik anak,masak untuk suami, melayani suami, dan mcm2 lgi..tp kalo difikirkan balik kaum adam dan hawa selepas berkahwin mempunyai tanggungjawab yg sama.....aku der terbace satu artikel nie yg maner alkisahnye seperti berikut.....:-

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh

bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa

anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan

tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan

hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya

ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi

suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya

mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan

beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
tah ler bg aku la, aku raser bertapa berat nye tanggunjawab suami aku kalo aku dah berkahwin nanti....terutama tanggungjawab dia dgn ibu bapa yg takkan putus....n aku takut ble aku jd seorang isteri aku tak dapat terima ble suami aku melebeh2 kan ibunya....tp setelah pengalaman dan apa yg berlaku dihadapan aku...aku dapat raser la camne seorg ibu yg tersangat sedih ble anak lelaki nye yg seperti melebih2 kan isteri...sehinggakan benda yg sekecil kuman pun boleh membuatkan seorang ibu terasa hati....kte pun tak leh salahkan sesiape sebab kadang-kadang seorang suami tu nak memuaskan hati kedua pihak antara ibu dan isterinya memang teramat sukar...tp kalo isteri faham dengan tanggungjawab suami....dua2 saling bertolak ansor...isteri pulak respect dengan keputusan suami..suami plak tegas dalam membuat keputusan...benda2 mcm nie takkan berlaku sebab kalo nak diikutkan tempat isteri adalah yang kedua selepas ibu si suami...jd kaum hawa semestinya sedar...walaupun kadang kala hati kite terusik dengan perbuatan yg kte tak boleh terima.

Senario 1: 

Ibu suruh anak lelaki bawa isteri tinggal bersama. Si isteri pula berkeras2 nak duduk rumah sendiri. Akhirnya si suami dengar kata isteri sebab si suami tahu weakness dan pada masa yang sama faham benar perangai ibunya. Keadaan mungkin bakal huru hara jika mereka tinggal bersama.  
Atas alasan jangka masa panjang si suami beli rumah lain. Si ibu mungkin kecil hati. Tapi membeli rumah untuk isteri juga satu kewajipan suami dan juga hak isteri kan? Lagipun, bila tinggal jauh2 kadang2 lagi mesra. Ni yang dikatakan, dekat bau tahi, jauh bau wangi (betul ke peribahasa saya ni?) 
Walau mungkin mula2 ibu merajuk, tapi pandai2 lah kita pujuk. Dah lama2 I.Allah ok lah tu. Keputusan yang jelas matlamatnya dari segi jangka panjang akan bawa kebaikan kepada kedua2 belah pihak. 
Senario 2
Si ibu ajak anak lelaki ziarah rumah saudaranya. Contoh, adik beradik atau bapa/ibu saudara. Si isteri tak mahu ikut atas alasan penat jalan raya kelmarin dulu masih belum reda. Sedangkan si ibu ajak ziarah 2-3 rumah yang berdekatan sahaja.
Pastinya ajakan si ibu tidak keterlaluan untuk diikuti. Maka, sebaiknya si suami perlu berkeras dalam hal ini bagi memastikan si isteri ikut kemahuannya dan sama2 menziarahi saudara mara pihak suami. Pada masa yang sama, si suami kena jugalah ziarah saudara mara isteri walaupun penat yerr! 
Dalam hal ini, suami berpandangan jika tidak ikut permintaan ibu akan kecilkan hati ibunya, mentelah lagi menziarahi rumah saudara mara juga merapatkan silaturrahim antara keluarga dan hubungan si isteri dgn keluarga suami termasuk hubungan dengan ibu mertua semakin rapat. Bayangkan, jika si suami ikut sangat penat si isteri?    
Akhir kata, saya rasa nasihat yang paling terbaik dalam hubungan ibu bapa mertua dengan anak menantu ni ialah..kita anggaplah mereka macam ibu bapa kita sendiri. Kan bila dah jadi ibu bapa mertua kita, kita dah boleh salam dan cium tangan mereka?  Kan bila kahwin dengan isteri atau suami dah macam kahwin dengan keluarga mereka sekali? 


 tu la alkisah nye...dan aku harap sgt ape yg berlaku dihadapan mata aku nie akan menjadi lebih baik..dan bukan nye bertambah buruk....aku doakan kebahagian mereka......sebab mereka adalah sebahagian dr saudara seislam aku....amin.


Tiada ulasan:

MESYUARAT TERGEMPAR!!!!


ShoutMix chat widget